Perjuangan Al-Qassam untuk hapus penjajahan Palestin

HARAKAHDAILY | .

SAYAP bersenjata Hamas, Briged Izzuddin al-Qassam pada Isnin (14 Dis) malam kembali menegaskan pilihan perjuangan mereka untuk menghapuskan penjajahan dari Palestin, lapor Palestinian Information Center (PIC).

Pada malam ulang tahun Hamas ke-28, jurucakap Briged Al-Qaddam Abu Ubaidah menegaskan bahawa penubuhan Hamas adalah awal dari akhir pendudukan Israel, di akaun Twitternya.

"Kami tidak akan pernah kompromi pada sikap perjuangan kami terutama pembebasan Palestin, opsyen perjuangan, Masjid Al-Aqsa, hak kembali serta pembebasan semua tahanan Palestin," ujar Ubaidah dalam tweetnya yang lain.

"Senjata kami adalah perjuangan dan akan selalu menjadi sikap kami terhadap pendudukan," kata Abu Ubaidah.

Jurucakap Briged Al-Qassam itu juga memuji ketabahan rakyat Palestin di wilayah pendudukan Jerusalem, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan yang masih berdiaspora.

Beliau juga memuji pejuang Palestin di Tepi Barat dan Jerusalem yang melakukan pengorbanan wira terhadap Israel. [Islampos]

Share on Myspace