PAS Melaka buka bilik operasi banjir

FATHI YUSOFF | .

ALOR GAJAH: PAS Melaka telah membuka bilik operasi banjir bermula semalam ekoran bencana banjir yang sedang melanda daerah ini ketika ini.

Bilik operasi itu ditempatkan di Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah diketuai oleh Pengarah Amal negeri, Lokman Daud bagi membantu mangsa banjir sekitar Alor Gajah.

Bilik operasi ini turut digerakkan oleh Pemuda PAS negeri, PAS dan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah.

Sehubungan itu, Lokman menyeru para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan Bilik Operasi Banjir PAS Alor Gajah dapat beroperasi dengan lancar.
 
“Kita amat perlukan pelbagai bentuk sumbangan bagi menggerakkan bilik operasi ini.

"Oleh itu saya menyeru kepada pada dermawan untuk menghulurkan sumbangan seperti wang tunai, makanan, barangan keperluan asas dan alatan mencuci,” ujar beliau.
 
Individu yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun PAS Kawasan Alor Gajah BIMB: 04015010021837 dan maklumkan kepada Ahmad Suhaib Bahiki melalui talian 011 2083 7578.

Sumbangan juga boleh dihantar terus ke Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah di Pekan Durian Tunggal atau terus berhubung dengan Ketua Bilik Operasi Saudara Farid Odnan di talian 011 2304 2647. - HARAKAHDAILY 15/12/2015

Share on Myspace