Sekolah anak perempuan pelarian Syria dibuka di Turki

HARAKAHDAILY | .

SEBUAH sekolah untuk kanak-kanak perempuan pelarian Syria telah dibuka secara rasmi di wilayah Sanliurfa, Turki.

Sekolah yang dibiayai oleh Trust Fund Regional Kesatuan Eropah itu merancang mendidik kira-kira 3,000 pelarian perempuan Syria.

Philippe Duamelle, wakil dari Tabung Kanak-kanak PBB di Turki, semalam berkata bahawa krisis di Syria meninggalkan kesan besar kepada kehidupan anak-anak, terutama pada pendidikan mereka.

"Turki adalah salah satu negara yang paling terdedah kepada kesan krisis Syria. Hampir 2.5 juta orang Syria berhijrah ke Turki sejak awal perang, hampir separuh adalah anak-anak," kata Duamelle.

Beliau mengatakan bahawa anak-anak terutama anak perempuan, adalah orang-orang yang paling memerlukan.

"Sekolah ini benar-benar berharga bagi anak-anak yang memerlukan perlindungan dan pengukuhan," katanya.

Turki telah menyambut pelarian Syria sejak awal perang saudara pada Mac 2011. Negara itu telah menampung kira-kira dua juta orang, demikian lapor Anadolu Agency. [Islampos]

Share on Myspace