ISIS serang pasukan Turki dekat Mosul

HARAKAHDAILY | .

Pasukan Turki yang dikerahkan di Iraq utara mendapat serangan roket dari ahli kumpulan ISIS di sebuah kem berhampiran bandar Mosul, Press TV melaporkan.

Tentera Turki, semalam mengatakan bahawa serangan yang mensasarkan kem Bashiqa lokasi di mana pasukan Turki ditempatkan.

Kem tersebut menurut laporan digunakan oleh pasukan Turki untuk melatih pejuang anti ISIS.

"Empat tentera Turki cedera dalam serangan mortar terhadap kem latihan ketenteraan dekat Mosul," kata seorang pegawai Turki yang tidak mahu disebutkan namanya. [Islampos]

Share on Myspace