Turki sertai pakatan tentera negara Islam

HARAKAHDAILY | .

Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu menyatakan bahawa pakatan negara Islam untuk melawan ISIS dan segala bentuk keganasan adalah jawapan bagi dunia. Sebuah jawapan tegas bagi mereka yang selalu menganggap Islam adalah agama keganasan.

"Fakta bahawa negara-negara Islam bersedia untuk menyumbang untuk memerangi keganasan adalah jawapan terbaik untuk mereka yang cuba untuk menghubungkan Islam dengan keganasan," ucap Davutoglu, seperti yang dilaporkan oleh Sputnik, kelmarin dikutip sindonews.

Sementara itu, Davutoglu menyatakan pihaknya mendapat tawaran langsung dari Kerajaan Arab Saudi untuk bergabung dalam gabungan tersebut. Tanpa banyak pertimbangan, Turki memutuskan untuk terlibat dalam pakatan tersebut.

"Kami telah menerima jemputan untuk mesyuarat yang dikhaskan untuk penciptaan gabungan Islam melawan terorisme. Turki bersedia untuk mengambil bahagian di dalamnya," sambung pemimpin Turki tersebut.

Beliau menambah, pembentukan pakatan tersebut adalah langkah ke arah yang benar.

Sekurang-kurangnya 34 negara telah memutuskan untuk bergabung dengan pakatan yang baru saja dibentuk oleh Arab Saudi tersebut. (Eramuslim)

Share on Myspace