Warga Palestin tuntut Israel serah jenazah

HARAKAHDAILY | .

RIBUAN warga Palestin mengadakan tunjuk perasaan di bandar Al-Khalil, semalam untuk menuntut kerajaan Israel menyerahkan jenazah warga Palestin yang dibunuh pasukan Israel sejak terjadinya intifadhah.

Para penunjuk perasaan membawa keranda sebagai simbol bahawa jenazah warga Palestin telah dicacatkan oleh pasukan Israel sejak awal Oktober.

"Pasukan Israel telah merampas 57 jenazah warga Palestin yang meninggal dunia di Tebing Barat dan Jerusalem," ujar Al-Bayedh, koordinator aksi nasional.

"Jenazah warga Palestin perlu dibebaskan. Pasukan Israel tidak mempunyai jalan lain, mereka cuba segala cara untuk mengelakkan bedah siasat terhadap jenazah warga Palestin," tambahnya.

Aktivis meminta pihak berkuasa Palestin mempertahankan hak mereka untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazah, sebagai bukti pembunuhan berdarah, kelalaian perubatan dan penyalahgunaan organ.

Dilaporkan dalam Palestinian Information Center (PIC), di akhir tunjuk perasaan berlaku antara pemuda Palestin dan pasukan Israel di wilayah Bab Al-Zawia, Al-Khalil. [Islampos]

Share on Myspace