Kami tidak akan menyerah - Al-Qassam

HARAKAHDAILY | .

PEJUANG Al-Qassam, semalam mengatakan bahawa Palestin tidak akan pernah berputus asa untuk membela hak dan maruah mereka.

Selain itu, mereka janji, jika kontrak pertukaran tahanan dengan kerajaan Israel akan segera terlaksana dalam waktu dekat ini.

"Kami tidak akan menyerah, walaupun tahun-tahun yang kami lalui tidak terhitung jumlahnya, menghabiskan masa di penjara, serta sulitnya pengepungan yang dilakukan penjajah Israel kepada kami," ujar jurucakap Al-Qassam ketika memperingati usia Hamas yang ke-28.

"Kami akan seperti sebuah pohon tua, yang akarnya menembusi tanah, dan tubuhnya menjulang tinggi," tambahnya dalam Palestinian Information Center (PIC).

Pejuang itu juga memuji para tahanan Palestin yang berada di penjara-penjara Israel mereka bersumpah, akan melakukan pelbagai cara untuk membebaskan mereka.

Beliau memuji para aktivis yang rela mengorbankan jiwa dan raganya, untuk membela umat Islam dan Masjid Al-Aqsa. [Islampos]

Share on Myspace