Parti diutamakan daripada agenda peribadi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Apabila kita bersama-sama dengan mana-mana parti atau organisasi perkara yang perlu dipertahankan ialah maruah dan integriti parti di hadapan orang ramai.

"Parti diutamakan daripada agenda peribadi," tegas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Menurutnya, memburukkan persepsi parti di khalayak ramai dianggap orang yang tidak berdisiplin.

Katanya, mana ada parti yang membenarkan ahlinya bebas memburukkan organisasinya.

"Mana ada parti di dalam dunia ini boleh membenarkan ahlinya bebas memburukkan organisasinya, sedangkan beliau mempunyai platform untuk bersuara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 19/12/2015

Share on Myspace