Janji kerjasama

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat.

Politik menaburkan janji. Seperti bunga-bunga yang memutikkan buah. Semuanya indah. Tetapi yang meranum takkan sebanyak yang berguguran.

Semua berhak berlumba mengota janji. Keikhlasan hukumannya tertangguh sehinggalah pembohongan terserlah di sebalik tanaman tebu di bibir mulut.

PAS dan Umno, pada angin janji mereka, masing-masing akan dihukum oleh rakyat pada keikhlasan, kesungguhan dan keberanian mereka.

Kerjasama ini bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan persaingan yang lebih sihat dan terbuka.

Justeru semua jentera PAS mestilah bersegera dengan amal yang berterusan dan jihad yang besar demi memenuhi harapan negara untuk melihat umat Islam yang semakin berpegang teguh pada tali Allah, lalu mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara.

Semoga PAS semakin mendekati al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya. Semakin dekat, semakin menyingsing fajar kemenangan Islam. - HARAKAHDAILY 19/12/2015

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Share on Myspace