Tajuk berita 'misleading' TMI

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Merujuk tajuk artikel The Malaysian Insider bertajuk: Now PAS No. 2 shows support for Umno collaboration - saya kesal dengan tajuk artikel ini kerana ia jauh terpesong dengan isi kenyataan saya yang asal.

Para pembaca boleh merujuk kepada kenyataan asal saya hari ini (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1097731783600494&id=333762569997423) dan kenyataan saya 5 hari lepas 14 Disember (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1094893807217625&id=333762569997423) untuk mendapat gambaran tepat mengenai pandangan saya dan parti terhadap jemputan Umno untuk bekerjasama dengan PAS.

Pendek kata, PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dun yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi parlimen di tempat berlawan dengan Umno.

Timbalan Presiden PAS
19 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 19/12/2015

Share on Myspace