Perdamaian di Syria wujud jika Assad undur - Turki

HARAKAHDAILY | .

PERDAMAIAN dan kestabilan di Syria hanya mungkin terjadi jika Bashar al-Assad meninggalkan pentas politik, kata Menteri Luar Negeri Turki, semalam.

Menyokong hala tuju baru yang diluluskan oleh PBB dalam satu kenyataan, kementerian berkata resolusi itu selaras dengan rangka kerja yang dipersetujui dalam mesyuarat sebelumnya dengan penyertaan berasaskan luas.

"Mencapai keamanan dan kestabilan di Syria hanya akan mungkin bila kerajaan peralihan berkuasa dan unsur-unsur rejim yang mempunyai peranan dalam pertumpahan darah, terutama Bashar al-Assad, berundur dari kedudukannya," kata kenyataan itu.

"Turki akan terus menyumbang dalam proses politik dalam konteks ini," tambahnya, lapor Anadolu Agency.

Sebelumnya Majlis Keselamatan PBB pada hari Jumaat lalu menerima pakai resolusi menyokong pelan perdamaian yang ditetapkan selama tiga pusingan rundingan antarabangsa untuk menggalakkan menamatkan perang di Syria.

Resolusi sebulat suara meminta Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mempertemukan kerajaan Syria dan pembangkang untuk terlibat dalam rundingan formal tentang proses peralihan politik secara mendesak, dengan sasaran awal Januari 2016 untuk permulaan pembicaraan. [Islampos]

Share on Myspace