Universiti Barcelona boikot kerajaan Israel

HARAKAHDAILY | .

THE Central University of Barcelona (UAB) semalam mengumukan keputusannya, untuk memboikot Universiti Israel dan agensi-agensi yang berkaitan kerajaan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keputusan ini diambil, sebagai protes terhadap penjajahan Israel di Palestin.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha antarabangsa yang disebut dengan kempen "Tempat Tanpa Perkauman" yang diadakan oleh ratusan lembaga rasmi dan universiti di dunia.

Kempen anti penjajahan Israel di Sepanyol ini telah diadakan sejak tahun 2007 di mana mereka, melakukan segala bentuk pemulauan terhadap Kerajaan Israel. Kempen ini dilakukan oleh beberapa pihak, baik dari masyarakat dunia, organisasi, kesatuan pekerja, institusi politik, akademik dan budaya.

Dilansir dalam Palestinian Information Center (PIC), sebuah loka karya digelar demi mempromosikan pelbagai cara untuk memboikot Kerajaan Israel di Utara Sepanyol, yang bergabung dengan aktivis Amerika Selatan, Afrika, dan Eropah. [Islampos]

Share on Myspace