30,000 surat anak Palestin kepada SU Agung PBB

HARAKAHDAILY | .

Sebanyak 30,000 pucuk surat dihantar murid-murid pelajar Palestin kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon, Jumaat lalu meminta Ban untuk membebaskan ratusan tahanan kanak-kanak yang kini meringkuk di dalam penjara-penjara Zionis Israel.

Seperti yang dilaporkan oleh Dostor dari keterangan pengarah Tahanan Palestin Khalil Amjad dan Ditjen Pendidikan Fauzi Abu Hilal berkata, penghantaran puluhan ribuan surat dari pelbagai sekolah di bandar Hebron wilayah Tebing Barat kepada Ban Ki Moon bertujuan untuk memperjuangkan pembebasan tahanan kanak-kanak Palestin secara antarabangsa.

Fauzi Abu Hilal dan Khalil Amjad menjelaskan bahawa kempen itu dilakukan setelah semakin tingginya jumlah angka tahanan kanak-kanak di dalam penjara Zionis Israel, khususnya selepas meletusnya gerakan intifadhah III Palestin pada awal bulan Oktober lalu.

Perlu diketahui bahawa penjajah Zionis Israel baru saja mengumumkan pembukaan blok tahanan khusus kanak-kanak di penjara Ofer sebelah Barat kota Ramallah Palestin, serta dua blok tahanan khusus lainnya di penjara bahagian selatan. (Eramuslim)

Share on Myspace