Ini kunci kejayaan Erdogan membina negaranya

HARAKAHDAILY | .

DI sebalik kejayaan seseorang, ada sosok kunci di belakangnya. Itulah pepatah yang nampaknya pas mengiringi kejayaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam membangun negaranya.

Seperti ditulis Syarif Thagian dalam bukunya, Erdogan: Muadzin Istanbul Penakluk Sekularisme Turki Kepopuleran Erdogan sebagai pemimpin tidak lepas dari kejayaan beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Istanbul sejak tahun 1994 hingga tahun 1998.

Beliau berjaya mengurangkan kemiskinan, membuka banyak perkhidmatan masyarakat, mengurangkan kadar pencemaran dengan melakukan aksi penanaman ribuan pokok di jalan-jalan bandar, memerangi amalan pelacuran liar dengan memberikan pekerjaan lebih penting kepada wanita muda, dan melarang menyuguhkan minuman keras di tempat yang berada di bawah kawalan Datuk Bandar Istanbul.

Tidak hanya itu, berkat jerih payahnya, Erdogan berjaya mengeluarkan bandar lstanbul dari pelbagai muflis. Istanbul yang sebelum ini dikenali sebagai bandar jorok perlahan mulai berubah.

Lantas apa kunci kejayaan Erdogan? Beliau pun mendedahkan rahsia kejayaannya.

"Orang-orang bertanya kepada saya tentang sebab kejayaan saya menyelesaikan permasalahan bandar. Maka saya katakan, kami mempunyai senjata yang tidak kalian miliki. Senjata itu adalah keimanan. Kami mempunyai akhlak Islam, teladan bagi umat manusia, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam."

Ketika menjabat wali kota Istanbul, Erdogan berjaya dalam menanamkan sosoknya sebagai penolong bagi orang-orang miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan. Di mana beliau telah memberikan banyak bantuan kepada masyarakat luas, baik wang mahupun material.

Dalam waktu yang sama, Erdogan masih tetap menunjukkan sosok orang yang taat beragama dan menjalankan solat tepat pada waktunya. Beliau selalu menyertakan dalil dari dan hadis dalam setiap ucapan dan sambutan-sambutannya.

Erdogan juga masih tetap tinggal di rumahnya yang sedeharana di Qasim Basya. Beliau menolak untuk berpindah ke tempat lain yang layak bagi seorang Datuk Bandar di bandar besar seperti Istanbul. Inspirasi ini selaras dengan perintah Rasulullah SAW agar pemimpin berkelakuan sederhana dan dekat dengan rakyatnya.

Ketika menjadi Presiden Turki, Erdogan pun berpesan kepada generasi muda untuk selalu mengikuti jalan Rasulullah SAW dengan mengedepankan sikap saling menghormati cinta damai dan tumbuh di atas petunjuk Rasulullah SAW.

Dalam ucapannya dalam Perlumbaan Sirah di Istanbul pada April 2015 lalu, Erdogan berkata, "Sungguh saya atas nama umat dan rakyat Turki akan merasa bangga jika kita berjaya membentuk generasi seperti ini kerana mereka yang akan menyokong kewujudan dan keberlangsungan umat (Islam )". [Islampos]

Share on Myspace