Tutup Rafah arahan Amerika, zionis Israel - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Pemimpin Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas), Ismail Ridwan menegaskan bahawa penutupan sempadan Rafah oleh kerajaan kudeta Mesir adalah dasar perintah daripada Zionis Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.

Ismail Ridwan menegaskan demikian dalam sebuah wawancara dengan agensi berita Anatolia, semalam.

"Ada usaha bersama dari Zionis Israel dan Amerika Syarikat untuk tetap meneruskan penutupan perlintasan Rafah sebagai cara mengadu domba rakyat Palestin dengan Hamas dan kumpulan pejuang lain di Jalur Gaza," ujar Ismail Ridwan.

"Mereka ingin memberikan tekanan kepada warga Palestin di Jalur Gaza agar menyalahkan Hamas serta kumpulan pejuang lain, dan berharap rakyat akan berdiri melawan Hamas.

"Insya Allah saya yakin bahawa AS dan Zionis Israel akan gagal dalam usahanya memecah belah rakyat Palestin," tekan Ismail Ridwan kepada Anatolia.

Menurut Ismail Ridwan cara itu dilakukan Zionis Israel dan Amerika setelah gagal menghadapi ketabahan dan kesabaran pejuang Palestin dalam pengepungan, serta kalah dalam sejumlah pencerobohan ke Gaza sejak tahun 2006 lalu.

Sejak berjaya menggulingkan Presiden Mursi pada 3 Julai 2013 lalu, komander rampasan kuasa Abdel Fattah Sisi segera menutup pintu perlintasan Rafah yang dibuka, dan hanya membukanya sesekali jika dibolehkan oleh Israel dan AS. (Eramuslim)

Share on Myspace