Polis Terengganu buru 2 lelaki kes bunuh bekas Adun

BERNAMA | .

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu kini memburu dua individu, yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Limbat Alias Abdullah, pada Oktober lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata polis percaya dengan tertangkapnya dua lelaki itu nanti ia sekaligus dapat menyelesaikan kes terbabit.

"Kita juga sedang giat mengumpul petunjuk baharu bagi memburu suspek yang terlibat dalam kes tembakan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada 9 Okt lalu, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Sejak November lalu, 10 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan itu. - Bernama

Share on Myspace