Israel tahan 52 jasad syuhada sejak meletusnya intifadhah

HARAKAHDAILY | .

KEMENTERIAN Kesihatan Palestin berkata bahawa pihak berkuasa penjajah Zionis masih menahan 52 jasad syuhada Palestin sejak 3 Oktober hingga semalam (23 Dis). Daripada jumlah tersebut, 11 di antaranya adalah jasad kanak-kanak dan orang tua.

Dalam keterangan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa jasad syuhada yang paling lama ditahan adalah jasad Tsair Abu Gazalah, yang ditahan sejak 8 Oktober lalu. Di antara jasad syuhada yang ditahan adalah satu jasad wanita bernama Asyraqat Qathnani.

Dilaporkan oleh Pusat Maklumat Palestin, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa 18 syuhada yang jasadnya ditahan berasal dari al-Quds, 19 dari Hebron, 7 dari Ramallah, 4 dari Nablus, 1 dari Jenin dan 3 dari Betlehem dan Tulkarem.

Hari Rabu malam, pihak penjajah Zionis telah menyerahkan jasad dua syuhada Ahmad Abul Rab dan Shadiq Gharbiyah kepada keluarganya di Jenin, wilayah utara Tebing Barat. Penyerahan itu dilakukan selepas sebulan setengah bulan jasad keduanya ditahan oleh pasukan penjajah Zionis.

Sementara itu, pasukan penjajah Zionis menahan dua jasad Isa Assaf dan Anan Abu Habsah dari kem pelarian Qalindia, setelah keduanya melakukan aksi penikaman di Al-Quds yang mengorbankan dua orang peneroka Yahudi. [Islampos]

Share on Myspace