Melibatkan diri dalam jamaah satu kewajipan

HARAKAHDAILY | .

PERAK: Ijtimak 'Alimat yang diadakan pada kali ini mendapat sambutan yang baik serta mampu mumugar semangat para 'alimat seluruh negara untuk sama-sama berkecimpung dalam Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat.

"Melibatkan diri dalam jamaah adalah satu kewajipan pada saat umat Islam begitu lemah dek kerana jauh dari Islam menyebabkan keadaan mereka hidup dalam kecelaruan pemikiran sehingga wujudnya jenayah dan penindasan yang membimbangkan." Ucap Ustazah Ana Mastura Ismail, selaku pengerusi Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat dalam pembentangan beliau.

Ustaz Khairul Muntanazar Ismail, pengerusi Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat selaku pembentang kedua juga menekankan peranan ustazah sangat penting dalam memperkukuhkan kepimpinan ulama dalam PAS yang merupakan gerakan Islam yang syumul dan seimbang meliputi dakwah, tarbiyah dan siasah.

Ijtimak kali ini melibat golongan profesional termasuk daripada jurusan perubatan yang layak menjadi keahlian dewan ulama sebagai peserta dan terdapat juga slot jemputan muslimah profesional yang turut berucap bagi menyatakan sokongan padu terhadap kewujudan entiti baru dalam Dewan Ulamak PAS.

Ini menunjukkan semangat kerjasama ahli PAS yang dipelopori ahli yang mahir dalam pelbagai bidang yang diceburi bagi memantapkan perjuangan demi mendaulatkan Islam. – HARAKAHDAILY 26/12/2015

Share on Myspace