DAP jangan jadi pro rejim zionis

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Perak menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia yang akan diadakan di Langkawi bermula 27 Disember ini.

Tindakan itu sangat bertepatan memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Malahan Malaysia juga antara negara yang terkehadapan dalam menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis Israel.

Dewan Pemuda PAS Perak menyelar kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zheminn seperti yang ditulis dalam blog beliau dan dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tindakan beliau menimbulkan persoalan apakah parti yang katanya membawa agenda keadilan dan hak asasi manusia menyokong negara Israel yang secara rakus menyerang dan menindas Palestin dan rakyatnya.

Menafikan visa Israel  suatu perkara yang sangat kecil jika dibanding dengan kejahatan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.  

DAP sepatutnya perlu lebih peka dengan politik dan hubungan kemanusiaan di luar negara.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Chong Zheminn menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kerana telah mengguris perasaan rakyat Malaysia yang  sentiasa bersolidariti buat Palestin tanpa mengira bangsa dan agama

Dewan Pemuda PAS Perak turut merakamkan ucapan tahniah di atas ketegasan Kerajaan Malaysia dalam isu membabitkan Israel dan keamanan Palestin.

Istiqamah Sehingga Kemenangan

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
16 Rabiul Awwal 1437 / 27 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 27/12/2015

Share on Myspace