Israel larang gadis Palestin masuk Al-Aqsa 15 hari

HARAKAHDAILY | .

SEORANG gadis Palestin, Dania Fudhail, 19, dilarang memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa oleh kerajaan Israel selama 15 hari.

"Dia ditahan pada hari Jumaat (25 Dis) di Masjid Al-Aqsa dan dibawa ke pusat tahanan Qishleh," tambah Ramzi Kteilat, peguam Dania dari Yayasan HAM Qudsuna.

Dilaporkan dalam Palestinian Information Center pada hari Sabtu (26 Dis), gadis Palestin itu menjadi sasara penangkapan pasukan Israel. Setelah sebelumnya, Dania ditahan pada 5 Jun 2015 kerana dituduh terlibat dalam kes rusuhan.

Sementara itu, ketika insiden Julai 2015 pada masa yang sama, pasukan Israel menyerang Dania secara kejam. Ini dilihat daripada kamera CCTV yang dipasang di kawasan masjid itu. [Islampos]

Share on Myspace