Pemuda PAS ucap takziah pemergian Aziz Desa

HARAKAHDAILY | .

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Aziz Desa yang telah meninggal dunia pagi tadi.

Semoga dikurniakan kesabaran di dalam menempuh kesukaran dan ujian daripada Allah.

Allahyarham Aziz Desa merupakan bekas wartawan akhbar Berita Harian selain bekas personaliti TV3 dan TV9 telah mengalami penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis.

Semoga Allahyarham diampuni dan dirahmati Allah, segala amalannya diterima sebagai saham yang sangat bernilai di akhirat kelak dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.
15 Rabi'ul Awwal 1437H bersamaan 27 Disember 2015

Share on Myspace