Israel rugi besar jika terus ceroboh Palestin - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Wakil ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyah dilaporkan telah menegaskan Israel akan mendapat kerugian besar jika tetap melawan Palestin.

Jika Israel berfikir boleh melakukan pencerobohan ke Gaza kembali adalah salah besar. Israel akan membayar mahal tindakan tersebut lebih dahsyat daripada sebelumnya.

Haniyah menjanjikan para pimpinan politik Israel akan mengalami kerugian bagi masa depan politiknya jika berfikir untuk menyerang kembali Gaza.

Dalam ucapannya ketika memperingati perang Al-Furqon yang diadakan pasukan polis Palestin di Gaza, semalam Haniyah mengisyaratkan Gaza akan terus meningkatkan kekuatan perjuangannya terhadap Israel.

Haniyah meramalkan tahun 2016 adalah tahun meningkatnya perjuangan di Tebing Barat seiring dengan perkembangan di Gaza. Intifadah Al-Quds akan terus berterusan dan belum keluar dari koridornya. [Islampos]

Share on Myspace