2016: Israel akan bina 55,000 penempatan baru di Palestin

HARAKAHDAILY | .

Pertubuhan Yahudi pemantau penempatan Zionis Israei menyebut Tel Aviv merancang membina 55,000 unit perumahan baru di wilayah Tebing Barat dan bandar Al-Quds hingga tahun 2016 mendatang.

Dalam laporan akhir tahun organisasi Peace Now yang pada keluaran pada hari Isnin (28 Dis), dari 55,000 pelan pembangunan penempatan baru di wilayah jajahan Palestin, Netanyahu telah merealisasikan setengahnya sepanjang tahun 2015.

Peace Now menambah, rancangan itu di awal tahun 2015 ini Netanyahu akan membina penempatan baru Givat Aytam di selatan kota Betlehem dan Bros di utara lembah Yordan.

Perlu diketahui bahawa di tengah-tengah meletusnya gerakan Intifadhah III yang dimulai pada awal Oktober lalu, kerajaan Zionis Israel justeru mempercepatkan pembinaan penempatan baru di wilayah Tebing Barat dan bandar Al-Quds di tengah lengahnya perhatian dunia Islam terhadap isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin. (Eramuslim)

Share on Myspace