Pasukan Israel guna anjing liar serang warga Palestin

HARAKAHDAILY | .

SEORANG bekas tahanan Palestin dibawa ke hospital pada hari Selasa (29 Dis) setelah pasukan Israel datang dan menyerang keluarganya dengan melepaskan anjing-anjing liar.

"Pasukan Israel menyerbu rumah keluarga Muayad Makhlouf, 26, di wilayah Jerusalem. Pasukan Israel membawa anjing liar itu, untuk menyerang pemilik rumah tersebut," ujar lembaga HAM Ad-Dameer.

Sementara itu, lebih daripada 15 tentera Israel membawa anjing liar masuk ke rumah keluarga Muayad, dan menyerangnya beberapa kali, sampai lebih dari lima minit.

Dikutip PIC semalam, mangsa dipindahkan ke kompleks perubatan, selepas anjing itu menggigit tangan kirinya.

Selanjutnya, pasukan Israel menculik adik Muayad, Mu'men, 22, dan membawanya ke tempat yang tidak diketahui.

Sebelumnya, Muayad diculik oleh pasukan Israel pada tahun 2005 dan dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara, hingga akhirnya, ia dibebaskan pada tahun 2014. Namun, dia kembali ditahan pada tarikh 8 November 2015, selama beberapa minggu untuk disoal siasat. [Islampos]

Share on Myspace