Nato ancaman serius bagi Rusia, kata Putin

HARAKAHDAILY | .

Presiden Vladimir Putin menandatangani dokumen keselamatan nasional, yang di dalamnya menyebut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) sebagai ancaman Rusia.

Dalam dokumen terbaru itu Rusia menuduh negara-negara Barat dan Amerika Syarikat berusaha mendominasi urusan global, lapor portal Eramuslim.

Konflik Ukraine, yang bermula tahun 2014, menyebabkan penurunan mendadak hubungan Rusia-Barat.

Tahun lalu, Rusia mengubah doktrin ketenteraan untuk menjangka krisis Ukraine dan kehadiran Nato di Eropah Timur.

Saat itu, penasihat Kremlin Mikhail Popop mengatakan pembesaran Nato dalam beberapa tahun terakhir - dengan kian dekat ke sempadan - adalah ancaman serius bagi Rusia.

Albania dan Croatia bergabung dengan Nato tahun 2009. Dua tahun kemudian, Nato punya empat calon anggota; Bosnia, Georgia, Macedonia, dan Montenegro.

Versi baru doktrin keselamatan menyebutkan Rusia mengukuhkan ketenteraan akibat andanya ancaman baru, dan watak yang rumit dan saling berkaitan.

Rusia juga mengatakan Nato membina potensi tentera di sepanjang sempadan Rusia, dan melanggar norma undang-undang antarabangsa.

Wartawan BBC mengatakan Putin ingin Barat mengakui hak Rusia bahawa negara-negara bekas Kesatuan Soviet harus bebas dari Nato.

Share on Myspace