Orang tolak dakwah kerana isi atau peribadi kita?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kepenatan dan keperitan ketika berdakwah akan terubat apabila dakwah kita terhasil, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Walaupun kadang-kadang gagal, jangan pula kita rasa kecewa sehingga kita meninggalkan kerja perjuangan ini," tulisnya menerusi laman facebook.

Beliau berkata, apa yang penting usaha, natijahnya serah kepada Allah SWT.

"Apabila usaha dakwah kita gagal, maka perlu kita muhasabah, adakah orang menolak dakwah kerana isi dakwah kita atau kerana peribadi kita," ujarnya lagi.

Menurutnya, kedua-dua itu perlu dibuat koreksi untuk kejayaan dakwah.

Mengenai tahun 2015 yang telah ditinggalkan, katanya banyak kenangan pahit dan manis telah dilalui.

"Marilah kita berazam supaya amal kerja kita lebih cemerlang daripada tahun lepas," kataya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Justeru, ujar beliau manfaatkanlah usia yang masih berbaki untuk kepentingan agama, negara dan ummah. - HARAKAHDAILY 2/1/2016

Share on Myspace