SUK Selangor: Mohd Amin angkat sumpah 11 Jan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Datuk Mohd Amin Ahya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri baru berkuatkuasa 4 Januari ini.

Pelantikan baru itu adalah bagi menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang bersara pilihan setelah berkhidmat selama lima tahun.

Kenyataan itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada 31 Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengumumkan pelantikan SUK baharu akan dimaklumkan pada 4 Januari ini, manakala majlis angkat sumpah berlangsung 11 Januari.

Mohd Amin, 54, adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara daripada Universiti Malaya.

Share on Myspace