Faham Islam syumul, mereka terima perjuangan PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu terutamanya mesti diperkenalkan Islam dan iman terlebih dahulu sebelum memperkenalkan perkara yang lain.

"Insya Allah apabila mereka faham Islam yang syumul, maka mereka akan menerima perjuangan yang PAS bawa," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Menurutnya, manusia akan berubah dari segi pemikiran, tindakan apabila mereka memahami perkara tersebut.

Dalam tulisan yang lain, beliau berkata kepenatan dan keperitan ketika berdakwah akan terubat apabila dakwah kita terhasil.

"Walaupun kadang-kadang gagal, jangan pula kita rasa kecewa sehingga kita meninggalkan kerja perjuangan ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tambahnya, apa yang penting usaha, natijahnya serah kepada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 3/1/2016

Share on Myspace