Persekolahan: Selangor mahu contohi Kelantan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selangor tidak menolak untuk mencontohi Kelantan yang mengarahkan sesi pengajian sekolah bermula jam 8 pagi berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkara itu harus disambut baik kerana mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.

Bagaimanapun, katanya, ia harus dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkaitan jika mahu dilaksanakan di negeri itu.

“Setakat ini semua sekolah di Selangor masih kekal dengan sesi pengajian sama iaitu jam 7.30 pagi, namun kita tidak keberatan jika mahu membincangkan perubahan waktu.

“Perkara baik seharusnya digunapakai dan mungkin boleh dikuatkuasakan di sekolah jika bersesuaian,” katanya dipetik Selangor Kini.

Bermula sesi persekolahan tahun baru pada 3 Januari 2016, semua pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) akan memulakan sesi pengajian mereka bermula jam 8.00 pagi.

Ia akan berlarutan sehigga bulan Jun berikutan perubahan waktu siang lebih singkat berbanding malam.

Sesi persekolahan akan kembali sebagaimana biasa bermula 1 Julai iaitu 7.30 pagi setelah situasi itu kembali pada biasa.

Share on Myspace