Lebih 14,000 warga Israel serbu Al-Aqsa pada 2015

HARAKAHDAILY | .

LEBIH daripada 14,000 warga Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada tahun 2015. Sebahagian besar berasal daripada peneroka pelampau Yahudi.

Pusat Maklumat Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa, pada hari Jumaat (1 Jan) menyatakan 14,952 warga Israel memasuki Masjid Al-Aqsa pada tahun 2015. Jumlah ini hampir sama dengan jumlah pada tahun 2014.

Ada penurunan jumlah pegawai Israel yang masuk masjid pada tahun 2015, berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Institusi itu mengelompokkan warga Israel yang memasuki Al-Aqsa, di antaranya 12,256 peneroka, 1,056 pegawai perisikan Israel, 445 tentera dan 307 pegawai lain serta sejumlah pekerja dari pihak berkuasa purbakala Israel.

Meskipun Yayasan Al-Aqsa, yang bergabung dengan kerajaan Jordan, memprotes serangan, Israel mengabaikan mereka dan sering mengarahkan kekerasan terhadap mereka, demikian Middel East Monitor. [Islampos]

Share on Myspace