Sisa universiti Israel cemari tanah pertanian Palestin

HARAKAHDAILY | .

UNIVERSITI Ariel, Israel terus menuangkan sisa kimia berbahaya melalui sistem saluran pembuangan sisa. Akibatnya, sisa-sisa itu mencemari tanah pertanian warga Palestin di daerah Al-Matawi, Salfit.

"Universiti Israel itu terus menuangkan sisa kimia berbahaya tanpa memperhatikan lingkungan di sekitarnya," ujar warga setempat kepada wartawan PIC, semalam.

"Laporan sebelum ini menegaskan peneroka dan universiti Israel di Tebing Barat telah melanggar undang-undang perlindungan alam sekitar hidup kebangsaan dan antarabangsa," tambah Khaled Ma'ali, anggota kumpulan Ham B'Tselem.

Tambah beliau, Ma'ali mengundang lembaga lingkungan hidup kebangsaan dan antarabangsa ke wilayah Salfit agar menyaksikan secara langsung penderitaan yang dihasilkan oleh aliran sisa dari penempatan dan universiti Israel itu. [Islampos]

Share on Myspace