Gamat, taklimat khas PAS bergabung dengan Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Gamat dan gawat dalam media mengenai taklimat khas PAS bergabung dengan Umno pada 9 Januari ini.

"Dah tak ada modal lain dah," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya kalaupun benci sangat dengan PAS, carilah modal lain untuk melawan PAS dan jangan mencipta fitnah.

Padahal, ujar beliau ia adalah taklimat dan program Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Tambahnya, program itu adalah biasa untuk taklimat kepada pimpinan berbagai peringkat supaya dapat maklumat dan dialog dengan kepimpinan.

"Inilah cara PAS untuk beri taklimat dan penerangan, bukan melalui media sosial. Harap ahli PAS jangan termakan dengan fitnah," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau menegaskan, pemimpin PAS sekarang tidak ada masa untuk melayan isu-isu yang tidak ada dalam agenda untuk bergabung dengan Umno.

"PAS ialah PAS. Insya Allah PAS berusaha untuk ganti Umno," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 5/1/2016

Share on Myspace