ILPK tingkat profesional Guru Yik

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Di bawah kepimpinan ulama Yayasan Islam Kelantan (YIk) yang menerajui 89 sekolah agama terus diperkasa selaras dengan perkembangan semasa.

Sehingga sekarang Yik mempunyai lebih 2,600 guru yang mendidik seramai 37,000 pelajar di seluruh Kelantan.

Oleh itu bagi meningkatkan lagi profesionalisme guru-guru Yik, kerajaan negeri mewujudkan Institut Latihan Penguruan Kelantan (ILPK) di Nilam Puri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata ILPK bekerjasama dengan Yik bagi melatih guru-guru.

Katanya kalangan tenaga pengajar institut tersebut kalangan pensyarah universiti dan kolej tempatan.

“ILPK merupakan satu badan berasingan daripada Yik. Ia seumpama Institut Aminudin Baki atau Institut Pendidikan Guru  yang berperanan melatih guru-guru.

“ILPK ada pengarah dan diurus jawatankuasanya. Saya sebagai pengerusi lembaga, selain itu termasuk juga Pengarah Yik,” katanya di sini.

Menurutnya juga kerajaan negeri bercadang membina kampus ILPK pada masa akan datang bagi memperluaskan lagi peranannya.

Kata beliau juga ILPK sehingga sekarang sudah melatih kira-kira 500 guru. - HARAKAHDAILY 5/1/2016

Share on Myspace