Sniper Hamas membuatkan tentera zionis Israel panik

HARAKAHDAILY | .

Lagi, tentera perempuan zionis Israel luka parah ditembak sniper misteri di Al-Khalil, Palestin.

Aksi-aksi misteri 'hero' sniper menggoncangkan penjajah zionis Israel.

Sebelumnya pada Jumaat, di tengah-tengah Israel, Tel Aviv, 'sel' Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) melakukan serangan di sebuah kelab hiburan yang berjaya mengorbankan tiga orang Israel dan puluhan lagi cedera.

Sampai sekarang penembak misteri di kelab hiburan itu menghilang seperti ditelan bumi. Tentera dan perisikan Israel yang memburunya hanya pulang dengan tangan kosong.

Inilah episod baru perjuangan Hamas dan rakyat Palestin terhadap penjajah zionis Israel.

Dalam teori perang moden, menyerang adalah pertahanan terbaik. Hamas menyeru aktivis mereka di Tebing Barat untuk menyerang zionis Israel dari dalam.

Hamas menyebutnya dengan "kebangkitan sel-sel tidur" milik Hamas di wilayah Tebing Barat yang dilampirkan Israel.

Israel kebingungan. Sebab Hamas menggerakkan sel-sel baru yang belum terekod oleh pihak keselamatan zionis Israel.

Uniknya. Pelaku serangan fida'i ini, tidak dilengkapi dengan handphone atau alat-alat elektronik. Sebab terbukti, alat-alat elektronik sangat mudah dikesan pihak zionis Israel. (Eramuslim)

Share on Myspace