Israel gali sekitar kotak Buraq Masjid Al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .

Jabatan Wakaf dan tempat-tempat suci umat Islam di Jerusalem, semalam mengecam kegiatan penggalian yang dilakukan oleh zionis Israel di sekitar tempat Buraq, Masjid Al-Aqsa.

"Kegiatan penggalian itu dilakukan di sekitar tempat Buraq, jambatan kayu dan membawa ke gerbang Magharebah," ujar jabatan wakaf.

Dikutip daripada Palestinian Information Center, kenyataan itu menjelaskan bahawa daerah Buraq dan sekitarnya adalah milik jabatan wakaf. Sehingga kegiatan apapun yang dilakukan di sana hanya jabatan wakaf sahaja yang berkuasa melakukan apa-apa, berdasarkan projek Jordan yang disampaikan kepada Unesco [Islampos]

Share on Myspace