Turki sedia bantu cairkan ketegangan Saudi-Iran

HARAKAHDAILY | .

PERDANA Menteri Turki Ahmet Davutoglu menyatakan, Turki bersedia membantu mencairkan ketegangan antara Arab Saudi dan Iran.

"Kami berharap kedua-dua negara mengambil langkah-langkah yang bertujuan meredakan ketegangan di kawasan itu," kata Davutoglu, semalam.

"Kami sedia menyelesaikan masalah antara kedua-dua negara," tambahnya.

Ketegangan bermula pada hujung minggu ini, apabila Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ulama Syiah, Nimr al-Nimr serta 46 banduan lain, yang membuatkan Iran marah.

Penunjuk perasaan Iran kemudian memporak-perandakan kedutaan Saudi di Teheran. Davutoglu mengatakan Turki mengutuk keras serangan terhadap kedutaan.

"Apa pun alasannya, serangan tersebut tidak boleh diterima," katanya.

Sementara itu, Arab Saudi, Bahrain dan Sudan memutuskan hubungan dengan Teheran sementara Kuwait menarik duta besarnya. [Islampos]

Share on Myspace