Hamas hantar delegasi ke Lubnan

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas), semalam menghantar delegasinya untuk bertemu dengan kepala Risikan Tentera Darat Lubnan, Brig. Jeneral Edmond Fadel, yang bertempat di Kementerian Pertahanan Beirut. Delegasi Hamas ini, dipimpin oleh seorang wakil kumpulan Lubnan, Ali Baraka.

Delagasi Hamas itu terdiri daripada Ahmed Abdul Hadi sebagai wakil Baraka, Ra'fat sebagai media rasmi, dan Ziyad Hasan, perwakilan hubungan politik rasmi.

Dipetik Palestinian Information Center, kedua-dua pihak itu bertemu untuk membincangkan situasi umum di Lubnan dan khususnya, keadaan kem-kem pelarian Palestin di sana.

Selama pertemuan itu, Baraka menggesa puak-puak Palestin dan kerajaan Lubnan untuk menjaga koordinasi dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua bangsa. Selain itu, ia mengingatkan, untuk melindungi pelarian Palestin di negara itu.

"Pelarian Palestin dan Lebanon tidak mempunyai isu politik lain, kecuali hanya untuk meperjuangkan hak-hak rakyat Palestin dan perjuangan intifadhah," ujarnya. [Islampos]

Share on Myspace