NGO Turki tambah wang saku kepada pelajar Syria

HARAKAHDAILY | .

Universiti Gaziantep

Menyambut awal tahun baru 2016, Lembaga Sosial Turkish communities abroad circle of kin yang ditaja oleh kerajaan kembali membuka pendaftaran biasiswa bagi pelajar Syria yang belajar di universiti-universiti di Turki dengan pemberian wang saku mencapai USD410 sebulan.

Dalam keterangan Turkish communities abroad circle of kin di laman webnya menjelaskan bahawa pemberian itu dilakukan untuk membantu pelajar Syria yang kini sedang menempuh pendidikan tinggi di Turki dapat menyelesaikan kuliahnya tanpa memikirkan kewangan.

Pendaftaran sendiri telah dibuka Turkish communities abroad circle of kin sejak 30 Disember lalu dan berakhir pada 11 Januari ini.

Sementara itu di sisi lain, wakil penasihat Menteri Pendidikan Turki Joseph Buyuk mengumumkan bahawa kerajaan Ankara merancang sepanjang tahun 2016 membina beratus-ratus sekolah dan pusat pendidikan baru di seluruh wilayah Turki, untuk menarik 150,000 anak-anak Syria yang kini menjadi pelarian kembali menempuh pendidikan. (Eramuslim)

Share on Myspace