Jamaat-e-Islami Bangladesh kecam hukuman mati

HARAKAHDAILY | .

JAMAAT-e-Islami Bangladesh, semalam mengutuk keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati terhadap pemimpin parti Motiur Rahman Nizami.

Ketua parti, Maqbul Ahmed dan setiausaha agung, Shafiqur Rahman mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk keputusan tersebut, lapor Anadolu Agency.

"Tuduhan yang telah diajukan terhadap Moulana Nizami benar-benar palsu, palsu dan bermotif politik," kata kenyataan mereka.

"Moulana Nizami telah kehilangan keadilan. Rakyat dari negara ini menolak keputusan mahkamah."

Jamaat-e-Islami mengumumkan rancangan untuk mengadakan mogok umum nasional secara damai pada hari Khamis. (Islampos)

Share on Myspace