Penerangan isu terkini pada Ijtimak P'raya PAS Selangor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan menghimpunkan jentera pilihan raya kami pada Ijtimak Pilihan Raya, 10 Januari ini di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tujuan himpunan tersebut adalah untuk memberi taklimat tentang gerak kerja pilihan raya terkini yang perlu dilaksanakan di semua peringkat.

"Taklimat ini penting kerana pilihan raya umum yang akan datang dijangka berlangsung dalam masa kurang dari 2 tahun," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penerangan tentang isu-isu terkini juga akan diadakan pada perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, memandangkan Selangor adalah negeri yang penting, Presiden PAS dan timbalan akan hadir.

Katanya, perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS sementara penutup oleh Presiden PAS.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pelan Tindakan Pilihan Raya PAS Selangor juga akan dilancarkan pada perhimpunan itu.

Katanya, dianggarkan seramai 5,000 orang wakil cawangan-cawangan PAS dari seluruh negeri akan hadir pada program yang dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS negeri itu. - HARAKAHDAILY 7/1/2016

Share on Myspace