Buang ikatan agama jika nak maju, PAS jawab 'maaf ya'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu cukup sensitif dengan Islam, seolah-olah Islam cukup secucuk dengan kehidupan mereka, walaupun penghayatan mereka dengan kehidupan boleh dipertikaikan.

"Inilah doktrin yang ditanam sejak dahulu lagi," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Oleh kerana itu, ujar beliau PAS cukup mengambil berat mengenai perkara itu ketika mengatur langkah dan menyusun strategi dakwah dan politik.

Beliau menjelaskan, PAS bergerak sebagai gerakan dakwah, tarbiah dan siasah yang begitu unik.

Menurutnya, mereka yang tidak memahami perjuangan PAS, menganggap parti itu hanya sebagai parti politik sahaja.

"Mereka berpandangan PAS mesti membuangkan ikatan agama jika hendak maju dalam politik. PAS jawab maaf ya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 8/1/2016

Share on Myspace