Kem pelarian Syria di Turki perlindungan terbaik di dunia

HARAKAHDAILY | .

Mempunyai luas keseluruhan mencapai 416,672 meter persegi, kem pelarian Syria "El Beyli" terpilih menjadi menjadi contoh tempat perlindungan terbaik di dunia dengan pelbagai kemudahan pendukung seperti kesihatan, olahraga, taman permainan, kebersihan, pusat sosial, sekolah dan lain-lain.

Mempunyai 3,560 bilik siap huni yang dapat menampung 24,000 pelarian Syria, satu bilik di kem penempatan El Beyli mempunyai luas 21 meter persegi dengan 2 bilik serta bilik mandi dan boleh menampung 12 orang.

Tidak hanya sampai di sana, 458 sukarelawan yang siap melayani keperluan para pelarian sama ada dari segi kesihatan ataupun makanan menjadikan kem penempatan yang terletak di negara bahagian Kilis di Turki selatan dipilih sebagai salah satu contoh kem yang layak bagi pelarian.

Semangat satu pasukan, kesedaran untuk membantu para pelarian, serta memahami akan tugas para pekerja menjadi teras kejayaan 458 pekerja sosial di kem El Beyli, seperti yang dilaporkan oleh Anatolia dari pengarah kem Gulhan Ouzan Shori. (Eramuslim)

Share on Myspace