Mesin pam kudeta Mesir banjiri Gaza ditelan ombak

HARAKAHDAILY | .

Mesin pam yang digunakan kerajaan rampasan kuasa Mesir untuk membanjiri sempadan Rafah dilaporkan hilang ditelan air laut pada hari Jumaat (8 Jan) setelah sebuah gelombang besar menyapu kawasan bibir pantai laut Mediterranean.

Seperti yang dilaporkan oleh sumber media tempatan menyatakan bahawa usaha tentera Mesir menyelamatkan mesin yang digunakan untuk menzalimi warga Gaza gagal akibat besarnya ombak dan menyebabkan enjin beserta pemasangan paipnya masuk ke dalam laut.

Perlu diketahui bahawa sejak awal tahun 2015 lalu kerajaan kudeta bercadang membuat parit berisi air masin di sepanjang sempadan Jalur Gaza, sebagai usaha untuk menghentikan penggalian terowong yang menghubungkan wilayah Semenanjung Sinai dengan Gaza.

Pada tahun 2015 kerajaan kudeta tercatat hanya membuka persempadanan Rafah sebanyak 26 hari.

Persempadanan Rafah menjadi satu-satunya penghubung warga Palestin di Jalur Gaza dengan dunia luar, selepas Zionis Israel menyekat wilayah tersebut pada akhir tahun 2006, selepas Hamas memenangi pilihan raya Parlimen dan kerajaan Palestin. (Eramuslim)

Share on Myspace