Kekuatan Al-Qassam akan kejutkan dunia - Haniyeh

HARAKAHDAILY | .

TIMBALAN Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh kelmarin berkata bahawa Al-Qassam, sayap tentera gerakan Hamas akan 'mengejutkan dunia dengan kekuatannya dalam konfrontasi selanjutnya melawan pendudukan Israel'.

Bercakap dalam acara untuk memperingati 20 tahun syahidnya Yahya Ayyash, seorang anggota Hamas yang dibunuh oleh Israel, Haniyeh berkata: Kami sedang membina kekuatan bukan hanya untuk membela Gaza yang masih bebas walaupun disekat Israel tetapi untuk membela dan membebaskan Tebing Barat dan Jerusalem.

Beliau meneruskan dengan menekankan bahawa intifadhah akan berterusan sehingga 'tanah Palestin bebas'.

"Perlawanan telah melampaui banyak halangan dan usaha untuk menghancurkannya secara politik dan sekarang kekuatan kami lebih besar dari usaha pihak yang ingin memadamkannya," tambahnya.

Haniyeh mengecam mereka yang menuduh gerakannya berusaha untuk mendirikan negara di Gaza, berkata tuduhan itu "omong kosong". (Eramuslim)

Share on Myspace