PAS beruntung ulama terkenal bersama parti

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya tidak dihormati dan tidak ada pengikut yang akan mendengar arahannya.

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris ahmad bukan senang untuk mempengaruhi orang lain jika mereka tidak beramal dengan apa yang mereka ucap.

"Ulama muttaqin tidak terkesan dengan fitnah, tuduhan, caci maki ke atas batang tubuhnya, manakala yang menghina ulama mengalami tekanan jiwa," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, katanya PAS beruntung kerana ulama-ulama terkenal di tanah air bersama dengan parti itu.

Menurutnya lagi, mereka merupakan tonggak masyarakat dan dihormati di dalam masyarakat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, mereka banyak membantu untuk mengembangkan pengaruh PAS di dalam masyarakat.

"Walaupun mereka tidak memegang jawatan penting di dalam parti, namun suara mereka didengari," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 10/1/2016

Share on Myspace