PAS Selangor ucap tahniah 7,000 hadir ijtimak p'raya

HARAKAHDAILY | .

Jabatan Pilihan raya PAS Selangor mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan Jentera Pilihan raya PAS kawasan-kawasan yang telah memberikan sokongan padu hadir ke Ijtimak Pilihanraya PAS Selangor yang telah berlangsung pada 10 Januari 2016.

Dengan kehadiran melebihi 7,000 peserta membuktikan kepada semua bahawa Jentera Pilihan raya PAS Selangor kini bersedia mendepani cabaran PRU14 nanti.

Visi Jabatan Pilihanraya PAS Selangor menempuhi PRU14 nanti adalah untuk mempertahan dan melebarkan kemenangan di 20 Dun yang ditandingi semasa PRU13 lalu.

Momentum kesatuan fikrah dan tindakan gerak kerja yang telah ditunjukkan itu perlu ditingkatkan ke tahap maksimum dengan menggabungkan pelbagai teknik dan kemahiran di kalangan ahli dan jentera.

Kepada urusetia ijtimak, syabas dan tahniah di atas kejayaan penganjuran program. Jutaan terima kasih kepada semua. Tanpa anda, siapa kita.

Terus bergerak dan bekerjalah sepertimana ikrar yang dilafaz, janji diucap, dan bai'ah diangkat demi untuk Islam.

Mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

YB Ir Mohd Haslin Hassan
Pengarah
Jabatan Pilihan raya PAS Selangor.
11 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 11/1/2016

Share on Myspace