Masjid di Perancis ajak umat agama lain kenali Islam

HARAKAHDAILY | .

Majlis Islam Perancis, semalam mengadakan kempen sosial di masjid-masjid dengan mengajak umat agama lain untuk mengenal Islam dan melihat aktiviti apa yang dilakukan umat Muslim di dalam masjid.

Dalam keterangan Ketua Dewan Perancis untuk urusan agama Islam, Anwar Kababsy, kepada pejabat berita AFP mengatakan bahawa tujuannya dilakukan untuk mewujudkan suasana bersama antara warga Perancis.

Anwar Kababsy melanjutkan, "Kami ingin memperkenalkan nilai-nilai Islam yang sebenarnya bersamaan dengan peringatan 1 tahun serangan pejabat majalah satira Charlei Hebdo yang mengorbankan 17 orang pada 7 Januari tahun lalu."

Beratus-ratus masjid di Perancis dikhabarkan ikut serta dalam acara kempen terbuka dengan tema 'secangkir teh persaudaraan'.

Perlu diketahui bahawa gambaran Islam dan umat Muslim di kawasan Eropah masih tercalar setelah adanya dua serangan yang menggegarkan Perancis pada sepanjang tahun 2015 lalu, khususnya serangan di Paris yang mengorbankan 130 orang pada bulan November tahun lalu. (Eramuslim)

Share on Myspace