Trump didesak minta maaf usir muslimah masa kempen

HARAKAHDAILY | .

COUNCIL on American-Islamic Relations (CAIR) mendesak calon presiden Donald Trump untuk meminta maaf kepada seorang penunjuk perasaan yang ditolak dalam salah satu acara kempen beliau.

Dilaporkan BBC, semalam CAIR berkata pengusiran Rose Hamid dari salah satu acara kempen Trump di North Carolina merupakan sebuah "mesej yang mengerikan bagi Muslim Amerika".

Hamid diusir selepas melakukan protes senyap pada Jumaat lalu.

Cadangan Trump untuk melarang Muslim masuk ke AS mendapat kecaman luas.

Dalam kempen di bandar Rock Hill, Hamid berdiri dengan menggunakan kaus bertuliskan: "Salam, saya datang dengan damai" - erti kata "Salam" dalam bahasa Arab iaitu damai.

Ketika dia berdiri, kerumuman di sekitar dia mula menjerit "Trump! Trump!", tindakan itu dilakukan jika ada gangguan dalam sebuah acara.

Hamid, seorang pramugari berusia 56 tahun, kemudian diminta oleh seorang pegawai keselamatan untuk meninggalkan majlis. Dia dicemuh apabila dikawal keluar oleh petugas.

CAIR berkata selain meminta maaf kepada Hamid, Trump juga perlu "membuat kenyataan yang jelas bahawa Muslim Amerika diterima sebagai sesama warga negara dan sebagai peserta dalam proses politik negara". [Islampos]

Share on Myspace