Kelantan setuju asing pintu lelaki, wanita masuk stadium

RIZAL TAHIR | .

KOTA BAHRU: Kerajaan negeri bersetuju cadangan mengasingkan pintu masuk Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk lelaki dan perempuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata cadangan itu selari dengan dasar kerajaan sebelum ini.

“Begitu juga cadangan mahu mengecat bahagian dalam atau luar stadium dengan warna pink biarlah dibuat secara sempurna.

“Takkan semua nak warna pink nanti kelabu mata pula, kalau tambah warna puteh barulah nampak cantik. Kita pastikan stadium menjadi satu lagi pusat tarikan pelancong,” katanya selepas kunjungan hormat Tan Sri Annuar Musa di pejabat Menteri Besar petang ini.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) sebelum itu mengadakan perbincangan dengan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Baru-baru ini Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Dr Vida) menetapkan syarat mengecat Stadium Sultan Muhammad Ke-1V merah jambu untuk membantu skuad bola sepak Kelantan.

Abdul Fattah berkata kerajaan negeri akan meneliti pelaksanaan penambahbaikan stadium disebabkan sekarang hampir jadual Liga Perdana. - HARAKAHDAILY 11/1/2016

Share on Myspace