Jiwa tenang akan tenangkan politik negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Anda takkan mampu meredakan politik negara. Anda hanya mampu meredakan diri sendiri," ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, itu pun hanya jika anda tahu 'ketahuilah, dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang'.

"Jiwa yang tenang akan menenangkan politik negara di mata dan jiwa anda.

"Dengan ketenangan, anda mampu mengurus segala kesukaran," ujar menerusi laman facebook.

Justeru, tamba beliau kembalikan diri daripada kecamuk perbuatan manusia kepada ketenangan yang tersedia di dalam al-Quran.

"Semoga Allah memberkati semua," ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu selanjutnya. - HARAKAHDAILY 12/1/2016

Share on Myspace